Sinonim selengkapnya: The Plant List
[3]Baru laut atau
baru-baru ialah pokok arboresen setinggi 5-10 meter (boleh mencapai sehingga 20 meter) yang terdapat di persekitaran pesisir pantropika serumpun dengan bunga raya dalam
genus Hibiscus. Walaupun ia mungkin merupakan pokok asli
Dunia Lama. dan mungkin merupakan pokok asli
Hawaii dan tempat-tempat yang lain di
Lautan Pasifik, ia telah disebarkan oleh orang
Polinesia yang awal kerana kayu dan
gentiannya yang berguna. Nama saintifiknya Thespesia populnea (L.) Sol. ex Correa.
[4] Pohon ini turut dikenali antara lainnya sebagai baru laut (
Simeulue), waru laut, waru lot (
Jw.,
Sd.) dan baru lot atau beru lot (
Md.).
[5]Di
Pulau Pitcairn, Pokok Bebaru amat umum pada suatu ketika, akan tetapi ia kini telah dibalak secara giat. Pada sepanjang abad ke-20, penduduk Pitcaim telah belayar ke
Pulau Henderson bagi memperoleh kayu pokok ini untuk membuat barang-barang aneh sebagai sara hidup mereka (Binggeli, 1999). Bunga Pokok Bebaru memainkan peranan yang penting dalam
perjuangan kemerdekaan Sri Lanka, dan dijual oleh
Gerakan Suriya-Mal sebagai ganti untuk
popi bagi membantu
bekas anggota tentera asli.